mohdhanis great eastern takaful a
Ada Pertanyaan? Call/whatsapp: 011-1645 5530

LIHAT PELAN PERLINDUNGAN GREAT EASTERN TAKAFUL KHAS UNTUK ANDA

TAKAFUL PERUBATAN - MEDICAL CARD TERBAIK

Klik untuk tahu pelan medical card terbaik dari Great Eastern Takaful untuk persediaan masa hadapan. Saya mempunyai pelan yang sesuai dengan bajet, umur, dan keperluan kesihatan anda.

PELAN INCOME REPLACEMENT

Klik untuk baca teknik dari Great Eastern Takaful untuk kekalkan gaji atau pendapatan anda dari risiko kehilangan pendapatan atau gaji akibat masalah kesihatan, hilang upaya kekal, atau kematian. Anda pasti ingin masalah kewangan tidak mempengaruhi keharmonian keluarga anda dalam meneruskan kehidupan.

PELAN TAKAFUL MORTGAGE LEVEL TERM TAKAFUL

Klik untuk tahu bagaimana merancang menyelamatkan dan menyelesaikan komitmen aset seperti rumah dan hartanah serta merta dengan Great Eastern Takaful sekiranya tidak lagi dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman bank akibat meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

ANTARA TESTIMONI KLIEN KLIEN SAYA

Dulu ambil takaful dengan agen lain, ingatkan dah okay dah pelan dia design untuk saya. Lepas En Hanis ni review, baru tahu banyak perlindungan yang tak cukup dan tak telus. Masa jumpa cakap lain, masa tengok polisi dapat lain. Buat balik dengan En Hanis ni, baru puas hati. Harga sama tapi coverage mencukupi dan telus.
SUHAIMI SHAHRINPensyarah Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
En Hanis ni flexible, dia akan design pelan takaful yang sesuai dengan kewangan masing-masing. So, saya dah buat untuk anak dan isteri saya.
MUHAMMAD SAFWANStaf OCBC bank
Saya berniaga. Saya berminat untuk buat pelan takaful medical card untuk 9 staf-staf saya. Jadi, saya dapatkan pelan takaful perubatan dari En Mohd Hanis ni. Kami ni kenal dah lama, masa sama-sama masih bekerja sebagai engineer dan berjumpa masa sewa rumah di Seberang Jaya Pulau Pinang.
Mohd FaizalFounder Pasta Jalanan & Mango Shakes
Ambil terus untuk diri sendiri, isteri, dan 3 anak perempuan. Dah dekat dua tahun mencarum. Senang nanti kalau jadi apa-apa, boleh hantar anak masuk hospital pakar swasta.
Mohd HizamPembantu Jurutera JKR
Baru ambil medical card 4 bulan, bayar baru dalam RM460. Tiba-tiba anak demam sampai 3 kali masuk wad. Total bill dekat RM15,000 semua cover. Lega sebab ambil medical card ni.
Suziliana Abdul HamidPembantu Pra Sekolah

Siapa Saya

Salam sejahtera, nama saya Mohd Hanis. Saya konsultan takaful dari Great Eastern Takaful. Saya sudah berada dalam industri ini dari awal 2015 lagi. Keghairahan saya dalam takaful adalah memastikan klien-klien saya mendapat perlindungan takaful yang betul dan tidak membebankan mereka. Saya tiada masalah untuk memberi khidmat nasihat percuma tentang takaful bagi mereka yang bertanya. So, feel free to call or whatsapp me :).
Kegemaran saya ialah makan Nasi Briyani Penang dan sangat anti orang yang anti takaful :p

TAWARAN ADALAH TERHAD! Dapatkan quotation percuma SEKARANG!

Isi borang dibawah sekarang dan saya akan hubungi anda semula dalam 24-48 jam

Message Successfully Sent!

Great Eastern Takaful pilihan bijak rakyat Malaysia

Great Eastern Takaful merupakan hasil kerjasama syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti i-Great Capital Holdings Sdn Bhd, Great Eastern Holdings Limited, dan Koperasi Tentera (M) Berhad. Kerjasama menjalankan Great Eastern Takaful secara rasminya dilancarkan sekitar tahun 2010 dan kekal antara syarikat terbaik takaful di Malaysia. Matlamat kerjasama ini adalah menjadikan keperluan pelanggan atau klien sebagai keutamaan melalui pelan-pelan hebat dari Great Eastern Takaful.

Antara pencapaian cemerlang Great Eastern Takaful dalam industri takaful ini adalah memenangi

  • anugerah 'Pengendali Takaful Baru terbaik' 2011
  • Institusi Baru Islam Terbaik 2012
  • Pengendali Takaful terbaik 2013

Visi Great Eastern Takaful membuka jalan untuk kehidupan yang hebat dan ceria: Takaful untuk anda & saya manakala misi kami pula untuk melindungi keperluan anda dengan produk yang menarik dan berpatutan, alami saat-saat bermakna bersama kami; kami menepati janji-janji kami, sepanjang masa, dan untuk menjadi rakan terpilih untuk semua pihak berkepentingan dengan menarik dan membangunkan bakat beretika. Dengan visi dan misi yang jelas, kami bersedia untuk cemerlang dalam menyediakan pelan takaful untuk pelanggan-pelanggan kami terutamanya di Malaysia.

Salah satu momen aktiviti Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat kepada pusat pungutan zakat. Antara yang terlibat di dalam aktiviti ini adalah En Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, En Zafri Abd Halim, dan Tn Haji Khairul Azahar. Sumbangan ini diserahkan kepada wakil Pusat Pungutan Zakat iaitu saudara Ustaz Muhammad Faizul Wahab dan ditemani oleh Ustaz Dziyaulhak Hashim.

Ini pula salah satu momen aktiviti syarikat dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Jerantut, Pahang. Dalam gambar ini, En Zafri Abd Halim menyediakan keperluan asas dan juga wang tunai kepada salah satu mangsa banjir. Ini merupakan salah satu inisiatif syarikat untuk membantu orang-orang yang ditimpa musibah.

Dalam perniagaan ini, etika menjadi pegangan kami dalam menjalankan tugas. Kami mengamalkan integriti dalam berurusan dengan klien dengan kejujuran, kebolehpercayaan, dan berprinsip. Kami juga menjaga emosi pelanggan dengan berperwatakan menarik dan menyenangkan agar klien selesa dengan kami. Apabila berurusan, sebagai konsultan Great Eastern Takaful yang profesional, kami menghormati perbezaan pandangan dari pelbagai segi pelanggan memandangkan setiap individu mempunyai pelbagai point of views  yang boleh diambil manfaat dalam memperbaiki diri pada masa akan datang.

Memandangkan pelanggan datang dari pelbagai latar belakang, empati diamalkan dalam memberikan khidmat nasihat pelan takaful. Kami prihatin dan bertimbang rasa dalam mereka bentuk pelan takaful agar bersesuaian dengan keperluan, kemampuan, dan latar belakang mereka. Oleh kerana kerjaya ini semakin mencabar, proaktif dan efektif merupakan nilai tambah kami untuk berkhidmat kepada pelanggan. Kami sesama konsultan dalam satu agensi juga bersikap ambil berat dan saling membantu dalam meneruskan khidmat nasihat kepada klien yang kami hargai.

Antara kelebihan yang ada di Great Eastern Takaful adalah ianya amat kukuh memandangkan aset yang dimiliki sangat tinggi. Aset yang diakui oleh Bank Negara Malaysia (BNM) lebih RM3,000,000,000. Kekukuhan aset syarikat merupakan salah satu nilai tambah yang patut pelanggan ambil kira dalam memilih syarikat takaful ketika mendapatkan perlindungan takaful.

Kekukuhan dan kestabilan syarikat yang mampu terus survive dalam industri sejak 2010 hingga sekarang merupakan kekuatan kami dan kelebihan anda sebagai pengguna agar lebih terjamin dan berasa selamat bergantung dengan syarikat ini.

Great Eastern Takaful menyediakan pelbagai pelan yang direka khas untuk membantu klien-klien di luar sana supaya mendapat perlindungan takaful yang betul, mencukupi, mampu milik, dan relevan untuk kegunaan sekarang dan masa depan. Antara produk-produk yang menjadi permintaan rakyat Malaysia adalah Medical Card yang berfungsi untuk  menanggung kos perubatan yang tinggi dikenakan oleh pihak hospital terutamanya hospital pakar.

Manakala untuk melindungi kepentingan pelanggan dari segi pendapatan, syarikat menyediakan pelan takaful hayat @ life takaful supaya pelanggan dapat melindungi diri mereka dari musibah kewangan seperti hilang gaji atau pendapatan akibat hilang upaya kekal, penyakit, kemalangan, dan kematian. Dengan takaful hayat, pelanggan boleh memastikan diri sendiri atau keluarga tidak kehilangan punca kewangan akibat musibah yang berlaku tanpa diduga dan mendadak.

Penubuhan Great Eastern Takaful menjadi alternatif kepada insurans di Malaysia yang sedia umum diketahui tidak patuh syariah. Ini bermakna orang Islam di Malaysia tidak dapat mengambil manfaat dari insurans oleh kerana ketidakpatuhan syariah yang merugikan orang Islam. Jadi, takaful disediakan oleh Syarikat Great Eastern agar segmen pelanggan kategori beragama Islam dapat mengambil manfaat dan mengurangkan risiko beban kewangan terlampau.

Bagi yang berminat mendapatkan khidmat nasihat telus dan berfakta berkenaan takaful, boleh hubungi saya melalui no ini 011-1645 5530. Saya menggalakkan anda Whatsapp saya dahulu dan saya akan hubungi anda balik melalui panggilan telefon. Jangan risau, khidmat nasihat ini percuma dan saya tidak pernah memaksa orang mendapatkan pelan takaful dengan saya. Lets talk like a friend, kemudian baru anda putuskan saya layak atau tidak untuk bantu anda dapatkan perlindungan takaful melalui pelan Great Eastern Takaful. :)

Mohd Hanis Abd Hamid
Code 1171687
Certified Great Eastern Takaful Advisor
Contact Number: 011-1645 5530
Norlia Abdul Agency
Great Eastern Takaful Berhad

 

 

© Copyright 2017 - www.mohdhanis.com - All Rights Reserved