mohdhanis great eastern takaful a
Ada Pertanyaan? Call/whatsapp: 011-1645 5530

Contoh Medical Card Terbaik dari Zurich Takaful

Medical Card Terbaik atau nama lainnya kad perubatan yang disediakan oleh Zurich Takaful sangat lengkap dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, sederhana, dan tinggi.

Medical Card Terbaik dari syarikat gergasi ni menyediakan 6 pelan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan client. Dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan kepada anda kelebihan yang ada pada Medical Card Terbaik oleh syarikat Zurich Takaful ini untuk anda.

Jadi, anda lebih bersedia dan lebih mudah memahami pelan takaful perubatan ni ketika ada appointment dengan saya atau agen-agen takaful lain yang berdekatan dengan anda walaupun mereka dari syarikat pengendali yang berbeza.

Dibawah ada saya sertakan jadual pelan Medical Card Terbaik untuk rujukan anda. Boleh baca dulu, kemudian saya huraikan perkara-perkara penting dalam jadual di bawah ni untuk bantu anda faham dengan lebih mudah.

Jemput baca artikel ni sampai habis ye. Semoga anda dapat manfaat dari tulisan saya.medical card terbaik
Baik, berdasarkan jadual di atas, dinyatakan menyediakan had tahunan bermula dari RM50,000.00/tahun sehingga RM500,000.00/tahun. Katakan anda ambil pelan M300, had tahunan anda adalah RM200,000.00/tahun.

Ini bermaksud anda boleh menggunakan RM200,000.00 untuk kos perubatan dalam masa 1 tahun. Sekiranya tahun ini anda habis gunakan RM200,000.00 pada tahun ini, tahun hadapan anda tetap boleh gunakan maksima RM200,000.00 untuk perubatan.

Ianya berterusan selagi anda mencarum dalam pelan ini. Dengan erti kata lain, tiada had seumur hidup. Menarik dengan Medical Card terbaik ini, caruman bulanan akan mendapat diskaun sebanyak 20% jika tiada claim dalam masa 1 tahun.

Kita ambil contoh, Umur orang yang dilindungi takaful: 14 tahun Jantina: Lelaki Pelan yang diambil: M150 Caruman bulanan: RM44.07 Selepas 1 tahun, jika tiada claim dibuat, pada bulanan berikutnya caruman hanyalah Caruman bulanan selepas diskaun 20%: RM35.26 Berbaloi sangat kerana perlindungan yang tinggi sehingga RM50,000.00/tahun.

Malah murah dan jimat kan? Antara keunikan Medical Card Terbaik dari Zurich Takaful, client boleh claim khairat kematian sebanyak RM5,000.00 sekiranya berlaku kematian dalam masa 24 sahaja.

Ini akan membantu waris client dalam menguruskan kos pengebumian jenazah/mayat. Berapa jumlah caruman untuk pelan takaful ni?
Boleh lihat di bawahmedical card terbaik
Jadual di atas merupakan jadual caruman yang dibahagikan mengikut jarak umur. Jumlah diatas menunjukkan jumlah caruman selama 1 tahun. Jika anda mahu tahu berapa jumlah caruman sekiranya mahu membayar secara bulanan, jumlah berkenaan Cuma didarab dengan faktor 0.09.

Contohnya: Caruman tahunan untuk lelaki berumur 21 tahun untuk pelan M250 adalah RM1182.96, caruman bulanan adalah sebanyak RM106.47. Selepas satu tahun, jika beliau tidak lakukan sebarang claim, caruman beliau dapat diskaun 20% dan menjadi RM85.17/bulan.

Pelan kad perubatan takaful ini juga tiada co-takaful. Jika anda tertanya-tanya apa itu Co-takaful, co-takaful merupakan ciri-ciri takaful yang memerlukan orang yang dilindungi takaful turut membayar sebahagian dari kos perubatan.

Sebagai contoh, jumlah kos perubatan adalah sebanyak RM45,000. Co-takaful yang dikenakan adalah 10%, maka orang yang dilindungi takaful perlu membayar RM4,500 (10% dari RM45,000) kepada hospital, selebihnya baru pihak syarikat takaful bayar. Dengan pelan takaful oleh Zurich Takaful juga, anda tak perlu risau kerana ada clause RENEWAL GUARANTEE.

Pembaharuan kad ini dijamin. Ini bermakna anda boleh nikmati kelebihan pelan takaful perubatan ini selagi anda mencarum. Syarikat tidak akan sekat anda dari memperbaharui pelan takaful walaupun sudah lakukan claim yang banyak.

Berita baik jika anda dapatkan pelan takaful perubatan ini dengan saya, anda akan mendapat kad perubatan tanpa co-takaful. Zurich Takaful tidak mahu proses yang merumitkan dan membebankan client dengan ko-takaful. Di Zurich Takaful, segala kos perubatan ditanggung sepenuhnya. Bagaimana kelayakan untuk memiliki kad perubatan takaful ni?Mudah sahaja.

Anda mestilah berumur di antara 1 tahun sehingga 65 tahun dan tubuh badan dalam keadaan yang sihat. Muflis pun boleh memohon. Saya boleh tunjukkan caranya. Anda boleh whatsapp saya jika anda sudah muflis tapi berminat untuk dapatkan takaful.

KLIK UNTUK BACA: Takaful Income Replacement

Anda berminat nak dapatkan takaful dengan saya?

Sekiranya anda tinggal di kawasan sekitar Bandar Perda Pulau Pinang, Kulim, atau Sg Petani dan kawasan-kawasan sekitar yang berdekatan, anda boleh terus whatsapp saya seperti di bawah:

“Nak Pelan Takaful” dan hantarkan ke 011-1645 5530 “Nak Pelan Takaful” dan hantarkan ke 011-1645 5530

Saya akan whatsapp anda dalam 24 jam. Kita set appointment pada waktu dan tempat yang sesuai. Tetapi jika anda jauh dari kawasan saya, jangan risau. Whatsapp je saya, rakan-rakan saya yang pakar dan betul-betul serius dalam takaful ni ada di seluruh Malaysia.

Agensi kami besar, ada di seluruh Malaysia. Saya akan rekomen anda pada kawan-kawan saya yang berhampiran dengan lokasi anda dan saya jamin anda akan puas hati kerana saya cuma rekomen agen yang memang pakar dan jujur untuk bantu anda daptkan pelan takaful perubatan seperti pelan Medical Card Terbaik dari Zurich ini.

ANTARA TESTIMONI KLIEN KLIEN SAYA

Dulu ambil takaful dengan agen lain, ingatkan dah okay dah pelan dia design untuk saya. Lepas En Hanis ni review, baru tahu banyak perlindungan yang tak cukup dan tak telus. Masa jumpa cakap lain, masa tengok polisi dapat lain. Buat balik dengan En Hanis ni, baru puas hati. Harga sama tapi coverage mantap dan telus.
SUHAIMI SHAHRINPensyarah Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Ambil terus untuk diri sendiri, isteri, dan 3 anak perempuan. Dah dekat dua tahun mencarum. Senang nanti kalau jadi apa-apa, boleh hantar anak masuk hospital pakar swasta. Sekarang dah dapat diskaun 20% caruman bulanan sebab dah lebih 1 tahun pakai medical card ni. Jimat!
Mohd HizamPembantu Jurutera JKR
Baru ambil medical card 4 bulan, bayar baru dalam RM460. Tiba-tiba anak demam sampai 3 kali masuk wad. Total bill dekat RM15,000 semua cover. Lega sebab ambil medical card ni.
Suziliana Abdul HamidPembantu Pra Sekolah

Siapa Saya

Salam sejahtera, nama saya Mohd Hanis. Saya konsultan takaful dari Zurich Takaful. Saya sudah berada dalam industri ini dari awal 2015 lagi. Keghairahan saya dalam takaful adalah memastikan klien-klien saya mendapat perlindungan takaful yang betul dan tidak membebankan mereka. Saya tiada masalah untuk memberi khidmat nasihat percuma tentang takaful bagi mereka yang bertanya. So, feel free to call or whatsapp me :).
Kegemaran saya ialah makan Nasi Briyani Penang dan sangat anti orang yang anti takaful :p

TAWARAN ADALAH TERHAD! Dapatkan quotation percuma SEKARANG!

Isi borang dibawah sekarang dan saya akan hubungi anda semula dalam 24-48 jam

Message Successfully Sent!
© Copyright 2017 - www.mohdhanis.com - All Rights Reserved